Kajian menunjukkan Pokemon GO boleh mengurangkan kemurungan

By Mike Hayate | April 25, 2022

Pokemon GO banyak mengimbau kenangan pada zaman kegemilangannya pada tahun 2016.

Boleh dikatakan hampir semua orang bermain Pokemon GO sehingga ramai sanggup untuk membuat apa sahaja demi menangkap semua Pokemon yang ada.

Malah sehingga beberapa kemalangan pernah berlaku dan Niantic terpaksa menukarkan skrin pemuatan dengan nasihat dan larangan untuk sentiasa berjaga-jaga.

Malah, di Dataran Merdeka tahun itu sangat terkenal dengan sarang untuk Charmander dimana Charmander akan muncul dengan banyak disitu.

Satu kajian dibuat di London School of Economics terhadap fenomena global ini yang memberi kesan terhadap kemurungan.

Menurut kajian itu, Pokemon GO membawa kepada kekurangan kemurungan kerana memberi motivasi untuk orang ramai melakukan aktiviti fizikal, bersemuka dengan orang lain dan terdedah kepada alam sekitar.

Semua interaksi ini akan membuatkan orang lebih gembira dengan hidup mereka.

alt="Pokemon Go Season of Alola"

Kajian ini juga berhujah permainan video yang mempunyai peluang kesihatan mental seperti Pokemon Go adalah sangat berkos rendah dan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja.

Pokemon Go Ultra League best team: The Battle League | GamesRadar+

Perlu diingatkan kajian ini memberi fokus bahawa kajian mereka bukanlah solusi untuk kemurungan klinikal. Kajian ini cuma mendapati, keluar bersosial dapat mengurangkan kemurungan.

Namun, dengan COVID-19 ramai orang perlu masih berhati-hati di luar sana.

Anda boleh membaca kajian penuh di sini.

Rujukan: TheGamer, TaylorFrancisOnline