Streamer Malaysia tunjukkan cara terbaik untuk tangani isu perkauman dan pemain toksik

By Mike Hayate | May 10, 2022

Seorang penstrim dari Malaysia dengan nama Hailey baru-baru ini diserang oleh seorang pemain dari China ketika bermain Arena of Valor di strimnya.

Semua ini berlaku kerana Hailey terlupa untuk menutup mikrofonnya dan pemain itu mendengar percakapannya.

Dia memberitahu bahawa dia rakyat Malaysia namun disalah anggap oleh pemain China itu.

Pemain itu pula bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan perkauman hanya kerana Hailey dilahirkan di Malaysia.

Tambahan pula pemain itu sengaja mahu membuat Hailey kalah hanya disebabkan dia rakyat Malaysia.

Pemain itu juga merendah-rendahkan negara Myanmar dan Laos.

Dalam situasi ini Hailey sangat baik dalam menangani pemain ini dan harus dipuji kerana tidak menambah-nambah.

Inilah cara terbaik untuk menangani jika anda berjumpa pemain seperti ini.

Tidak kiralah apa bangsa mahupun agama anda haruslah menghormati individu dari negara lain.

Pujian terbaik diberikan untuk Hailey!