Apex Legends Mobile rasmi akan dilancarkan pada 17 Mei ini

By Hazril Md Nor | May 12, 2022

Permainan mudah alih Battle Royale baharu, Apex Legends Mobile sah akan dilancarkan pada 17 Mei ini.

Respawn mengumumkan terdapat ganjaran pra-pendaftaran jadi jangan lupa mendaftar dalam pautan Twitter di atas!

Apex Legends Mobile sebelum ini dilancarkan secara terhad dalam fasa beta di beberapa negara termasuk Malaysia.