Seorang lelaki membuat strim pembunuhan beramai-ramai di Twitch

By Mike Hayate | May 17, 2022

Seorang lelaki berusia 18 tahun kini sudah ditangkap selepas cubaan menembak orang ramai di salah satu kedai serbaneka di Buffalo, New York pada 14 Mei lepas.

Bernama Payton Gendron, remaja 18 tahun ini sudah melepaskan beberapa das tembakan di dalam kedai itu sambil membuat penstriman langsung di Twitch.

Image

Menurut pesuruhjaya polis, Joseph Gramaglia mengesahkan 13 orang sudah ditembak.

Dari kesemua 13 itu, 10 orang disahkan meninggal dan tiga lagi menerima kecederaan yang tidak membahayakan nyawa.

Gramalia juga mengesahkan kesemua mangsa adalah berkulit hitam.

Image

Gendron bertindak dengan menembak empat orang di lot parking sebelum masuk ke kedai itu.

Apa yang lebih mengejutkan Gendron membuat satu ciapan di Discord memberitahu pelannya dan dia bergerak sejauh 300km hanya untuk melakukan perkara terkutuk ini.

Dia juga ada membuat manifesto sebanyak 180 muka surat untuk dibaca di 4chan.

Menurut Kotaku, wakil dari Twitch juga ada memberi penjelasan bahawa Twitch tidak akan berkompromi dengan apa-apa keganasan di platform mereka.

Gendron dianggap sebagai seorang sangat ekstremis dalam ‘memperjuangkan’ perkauman ‘White Supremacy’ dan dianggap sebagai pengganas.

Rujukan: Apnews