Malaysia mengganas di kelayakan PUBG Mobile

By Habil Izzat | May 20, 2022

Semalam sudah berlangsungnya acara berkumpulan PUBG Mobile untuk sukan SEA Hanoi 2021. Pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir apabila berada di posisi 16 pasukan terbaik.

Pasukan Tabah NSEA berjaya mendapatkan WWCD di peta yang ketiga. Franky yang menjadi pemain terakhir untuk pasukan itu, berjaya meratakan dua pemain dari negara Brunei.

Snipes juga menunjukkan kebehatanya bermain senjata sniper apabila berjaya menjatuhkan seorang pemain dari Thailand di peta yang kedua.

Kedua-dua pasukan Malaysia berjaya mara ke babak pusingan akhir selepas menunjukkan aksi yang baik semalam.

Hari ini, pasukan negara akan bertarung di pusingan akhir bersama-sama 14 pasukan dari negara lain.

Para peminat PUBG Mobile tanah air diminta untuk terus memberi sokongan buat kedua-dua pasukan Malaysia di sukan SEA Hanoi yang akan memulakan perjuangan mereka di pusingan akhir pada hari ini.

Siaran langsung boleh ditonton di Youtube PUBG Mobile Esports bermula jam 4 petang ini.

Semoga berjaya Geek Fam dan Tabah NSEA!

Foto: Facebook PUBG Mobile MY