TikTok kini cuba tembus industri permainan video dengan mini games baharu

By Mike Hayate | May 20, 2022

Dari hanya melihat video di foryoupage anda, apakata anda bermain permainan video pula di TikTok?

Menurut Reuters, TikTok kini sedang cuba untuk menembusi permainan video mudah alih.

Syarikat itu kini sedang melakukan beberapa ujian untuk permainan mini HTML5.

TikTok juga baru-baru ini memberitahu mereka akan cuba menggunakan sepenuhnya semua permainan video dari syarikat ByteDance.

Syarikat media sosial ini juga sudah bekerjasama dengan Zynga (pencipta FarmVille) untuk membuat satu permainan baru berasaskan HTML5 iaitu Disco Loco 3D di TikTok.

Permainan ini adalah hampir sama seperti Temple Run dan Subway Surfers.

https://mms.businesswire.com/media/20211108005289/en/924292/5/disco_loco_1920x1080.jpg?download=1

Tambahan pula TikTok juga sedang menguji pelantar penstriman untuk permainan video.

Mereka akan memberi satu pelantar digelar “Live Studio” di PC untuk membolehkan para pencipta kandungan untuk memasukkan aplikasi kecil di video mereka.

Adakah TikTok cuba untuk menjadi kompetitif besar bagi Twitch, Youtube Gaming dan Facebook?

Rujukan: Reuters