Karakter demo Yelan – Panduan ringkas Yelan Genshin Impact V2.7

By Mike Hayate | May 30, 2022

Akhirnya Yelan karakter lima bintang Hydro baru akan datang ke Genshin Impact Versi 2.7.

Yelan adalah karakter DPS Hydro menggunakan Bow dengan beberapa skill yang sangat sesuai untuk menjadi Sub-DPS.

Karakter ini adalah seorang yang sangat misteri dan banyak rahsia.

Di Liyue, dia boleh berada dimana-mana dan hilang begitu sahaja dan Yelan sudah pasti akan sentiasa tahu semua hal yang berlaku di Liyue.

Yelan 5 Star Hydro

Image

Yelan menggunakan Busur sebagai senjatanya dan menggunakan elemen Hydro.

Skill Yelan

Serangan Biasa

Apabila Yelan keluar dari party selama lima saat dia boleh menembak serangan Hydro AoE mengikut HP maksima Yelan.

Elemental Skill – Lingering Lifeline

Yelan akan menembak air untuk memerangkap pihak lawannya dan anda dikenakan Hydro DMG berdasarkan HP maksima Yelan.

Jika anda tekan butang Elemental Skill (Hold) Yelan akan bergerak pantas ke depan dan mengenakan semua musuh yang dilaluinya dengan Hydro Damage.

Akan wujud satu debuff digelar Lifeline yang akan meletup.

Elemental Burst – Depth Clarion Dice

Yelan akan membuat satu AoE Hydro DMG yang akan mengeluarkan Exquisite Throw.

Exquisite Throw ini akan menyerang musuh mengikut serangan Normal Attack karakter yang digunakan.

Hydro DMG yang dikenakan juga akan mengikut HP maksima Yelan.

Talent yang sesuai untuk dinaikkan dahulu

Main DPS = Elemental Burst=Elemental Skill=Normal Attacks

Sub DPS = Elemental Burst>Elemental Skill=Normal Attacks

Pasif Yelan

Yelan boleh menaikkan HP sendiri mengikut berapa jenis Elemental Type yang ada.

HP Yelan akan naik sebanyak 6%/12%/18%/30%.

Artifak Terbaik

Emblem of Severed Fate

2- Piece Bonus: Energy Recharge +20%

4- Piece Bonus

Naikkan DMG Elemental Burst mengikut setiap 25% Energy Recharge yang ada.

75% bonus DMG adalah jumlah maksima yang anda boleh dapat.

Oleh sebab itu jumlah Energy Recharge yang sesuai untuk Yelan adalah 170%-200%.

Nobleese Oblige

2- Piece Bonus: Elemental Burst DMG +20%

4- Piece Bonus: Menggunakan Elemental Burst akan menaikkan ATK Party sebanyak 20% untuk 12 saat.

Heart of Depth

2- Piece Bonus: Hydro DMG Bonus +15%

4- Piece Bonus : Selepas menggunakan Elemental Skill, Normal Attack dan Charge Attack DMG akan meningkat sebanyak 30% selama 15 saat.

Tenacity of the Millelith

2-Piece Bonus : HP +20%

4-Piece Bonus:

Untuk setiap Elemental SKill yang mengena, semua orang dalam party akan mendapat 20% ATK dan 30% peningkatan Perisai.

Anda boleh campur beberapa artifak di atas mengikut apa yang anda ada.

Sebagai contoh 2pc Emblem of Severed Fate + 2pc Noblesse Oblige dan 2pc Noblesse Oblige + 2pc Tenacity of the Millelith

Sudah semestinya Artifak yang paling sesuai dan kuat untuk Yelan adalah 4- Piece Emblem of Severed Fate kerana Yelan banyak menggunakan Elemental Burst sebagai serangan utama.

Senjata Terbaik Yelan

Boleh dikatakan hampir semua Busur yang ada sesuai untuk digunakan oleh Yelan dan jika anda tidak ada salah satu senjata dibawah hanya guna busur terbaik yang anda anda.

https://pbs.twimg.com/media/FT0WPbUVsAAJXaV?format=jpg&name=large

Aqua Simulacra adalah senjata terbaik Yelan dengan peningkatan HP sebanyak 16% dan menaikkan DMG sebanyak 20% apabila ada musuh yang dekat dan yang paling penting efek senjata ini masih akan ada walaupun Yelan berada di luar field.

Polar Star

Polar-Star-Genshin-Impact-Yelan

Meningkatkan damage Elemental Skill dan Elemental Burst DMG sebanyak 12%.

Mouun’s Moon

Mouun's Moon Genshin Impact Yelan Guide

Meningkatkan Elemental Burst DMG mengikut jumlah kapasiti Energy untuk satu party.

The Stringless

Meningkatkan DMG Elemental Skill dan Elemental Burst sebanyak 24% dan memberi Yelan Elemental Mastery yang banyak untuk meningkatkan lagi DMG Reaction Yelan.

Skyward Harp

Meningkatkan CRIT DMG sebanyak 20% dan Crit yang banyak dari substats.

Mudah untuk dijadikan senjata yang mempunyai banyak stats berguna.

Senjata untuk Yelan adalah berbeza-beza mengikut komposisi team, artifak, rotatsi dan lain-lain.

Untuk komposisi pasukan, disebabkan Yelan adalah karakter yang belum keluar, setakat ini masih ramai lagi yang cuba untuk memikirkan komposisi terbaik dan yang terbaik setakat ini adalah Raiden, Yelan, Xiangling, Bennet, Kazuha dan beberapa lagi support lain yang sangat berguna.