“Suasana kekeluargaan membuatkan saya tetap bersama Bigetron RA,” -Ryzen

By Hazrul Md Nor | June 7, 2022

Muhammad “Ryzen” Alibi adalah salah seorang pemain yang berjaya meraih pingat emas sewaktu Sukan SEA Hanoi 2021 di Vietnam. Kemahiran pemain ini bermain PUBG Mobile tidak perlu disangkal lagi.

Kini, nama Ryzen menjadi topik hangat di dalam komuniti PUBG Mobile Indonesia. Pemenang pingat emas ini dikatakan bakal bermain di pasukan baru selepas bersama Bigetron Red Aliens untuk sekian lamanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

Di dalam perkongsian video EMPETALK, Ryzen berkata banyak tawaran yang datang kepadanya termasuk pasukan-pasukan yang mempunyai nama yang besar di dalam arena kompetitif e-sukan PUBG Mobile. 

“Tahun lepas kontrak saya habis, pada hujung tahun itu ada EVOS Esports yang memberikan saya tawaran. Ada juga RRQ dan NFT. Namun, kerana masa yang kurang sesuai, saya membuat keputusan untuk bersama Bigetron lagi,” ujarnya.

Ryzen juga berkata ada beberapa faktor yang menyebabkan dia masih memilih Bigetron. Salah satu darinya adalah suasana kekeluargaan Bigetron RA dan juga rakan-rakannya iaitu Luxxy dan Zuxxy.

“Yang membuat saya tinggal di RA adalah kerana Luxxy dan Zuxxy. Mereka banyak berjasa sepanjang karier saya di sini. Selain itu, saya juga sudah selesa dengan pihak pengurusan.

“Walaupun nanti saya akan pindah ke pasukan lain, tidak mungkin saya akan lupakan suasana kekeluargaan di sini,” tambahnya.

Sumber: ONE Esports