Pemain profesional FaZe Clan dihentam kerana komen homofobia

By Mike Hayate | June 7, 2022

Pemain profesional FaZe Clan dari Arab Saudi, Talal “FaZe Virus” Almalki menyatakan pendirian tidak menyokong LGBTQ+ meskipun pasukannya sendiri memberi sokongan terhadap Bulan Pride (Pride Month) dengan menampilkan logo pelangi di Twitter dan berkongsi mesej positif.

Di Twitter, Virus yang juga pemain Call of Duty menerima sokongan daripada peminatnya yang memberi sokongan kerana dia adalah seorang Muslim. Bagaimanapun, ramai juga pengguna Twitter menyatakan perasaan tidak puas hati yang mana ada komen mengatakan tidak perlu jadi ‘bigot’ di tatapan umum.

Lebih teruk, ada pengguna Twitter menggesa FaZe Clan untuk menyingkirkan dirinya dari organisasi itu. Setakat ini, FaZe masih belum memberikan sebarang komen atau membuat kenyataan media berkenaan situasi pemain ini.

Walaupun ciapan ini sudah dipadamkan, namun ada pengguna yang menyimpan tangkap layar dan menyelar Virus sebagai seorang homofobik.

Sumber rujukan: invenglobal.com