Sambutan Diablo Immortal ‘tidak begitu meriah’, menurut skor Metacritic

By Hazril Md Nor | June 8, 2022

Diablo Immortal sudah pun dilancarkan di beberapa rantau di seluruh dunia namun pelancarannya menerima beberapa isu antaranya transaksi mikro. 

Ramai yang tidak menyukai bagaimana Blizzard meletakkan harga yang sangat tinggi untuk memaksimumkan karakter dalam permainan mudah alih itu.

Sebagai contoh, Metacritic menunjukkan skor pengguna yang sangat rendah iaitu 0.5. Dari 2,400 pengguna, ramai yang mengatakan Diablo Immortal sebagai simulator judi dan sesuatu yang ‘memalukan’.

Ia seiring dengan permainan Blizzard lain iaitu Warcraft 3: Reforged dan World of Warcraft: Burning Crusade Classic yang menerima skor rendah.

Pemain misalnya hanya boleh mendapatkan tiga Legendary Chest setiap bulan melainkan mereka membayar dengan harga yang tinggi. Tapi yang lebih mendukacitakan apabila ganjaran dari kotak ini adalah rawak dan bukan seperti apa anda inginkan.

Forbes mengatakan hanya 0.05% kebarangkalian untuk mendapatkan Gem lima bintang bagi setiap Legendary Chest.

Konsep permainan percuma Diablo Immortal nampaknya sudah dilanda isu sebegini yang membuatkan pemain perlu berbelanja banyak untuk menjadi yang terbaik.

Diablo Immortal akan dilancarkan di Asia Pasifik pada 23 Jun ini.

Sumber rujukan: IGN SEA