DOTA 2: ESL One kini kembali ke Malaysia selepas 4 tahun!

By Hazril Md Nor | June 8, 2022

Selepas empat tahun, kejohanan berprestij Dota 2, ESL One Genting kini kembali!

Bagi edisi 2022 ini, ia dinamakan ESL One Malaysia, mengumpulkan 12 pasukan bertanding merebut hadiah wang terkumpul AS$400,000 (RM1.75 juta) pada 23 hingga 28 Ogos ini.

Jualan tiket akan bermula pada Jumaat ini pada jam 3 petang (Jumaat).

Sebelum ini, ESL pernah menganjurkan ESL One Genting pada tahun 2017 dan 2018.