Free Fire umum kolaborasi bersama ‘girl group’, DOLLA

By Hazril Md Nor | June 13, 2022

Giliran DOLLA menjadi kumpulan selebriti tempatan ketiga yang bekerjasama dengan Free Fire. Sebelum ini, permainan mudah alih Battle Royale popular keluaran Garena itu mengumumkan Ismail Izzani dan Zizan Razak sebagai ikon bagi kempen “Free Fire Untuk Semua”.

Kolaborasi ini bermula pada hari ini hingga 30 Jun. Kempen ini bertujuan membawa para pemain bersama dengan Free Fire mewakili ikatan yang mereka kongsi. Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan Garena mewujudkan kandungan berunsur tempatan buat komuniti Free Fire di Malaysia.

Bertarung bersama DOLLA dan Free Fire!

Bersempena dengan “Free Fire Untuk Semua,” sebuah kempen tempatan yang memfokuskan kepada semangat kebersamaan, permainan mudah alih popular ini menyaksikan satu lagi kerjasama selebriti bersama kumpulan penyanyi wanita DOLLA, yang mula membuat kejutan dengan lagu sulung mereka, “Dolla Make You Wanna” pada tahun 2020.

Bahagian terbaharu kempen memberi fokus kepada pemerkasaan aneka budaya melalui Free Fire, sejajar dengan kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” (“Free Fire For All Cultures” dalam Bahasa Inggeris). Ini dibuktikan melalui kolaborasi bersama DOLLA, yang terdiri daripada – Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya – yang membariskan ahli kumpulan dengan latar belakang budaya yang berlainan.

Untuk sebahagian kempen, kuartet ini akan melancarkan lagu kolaborasi berjudul “FIGHT”, menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya. Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul Rampage, yang akan berjalan serentak bersama kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” bulan ini.

Ikuti perkembangan terkini tentang pelancaran lagu dan video muzik rasminya pada 17 Jun, di Spotify dan laman rasmi Facebook, Instagram, serta YouTube Free Fire Malaysia

Salah seorang ahli kumpulan DOLLA iaitu Tabby, mengulas tentang kempen ini, “Saya sangat gembira DOLLA dapat menjadi sebahagian daripada kempen Free Fire Untuk Semua. Temanya yang meraikan semua budaya memberi saya peluang untuk mengenali semula warisan Jepun saya sambil mencipta lagu yang sangat rancak!

“Kami harap lagu baharu kami, “FIGHT,” akan memberi ilham kepada para peminat Free Fire dan rakyat Malaysia lain untuk terus meraikan kepelbagaian sebagai satu tunjang penting dalam budaya Malaysia,” katanya.

Saksikan sedutan untuk lagu kolaborasi di bawah.

Maklumat tentang penstriman langsung FIGHT with DOLLA pada 25 Jun

Selain pelancaran lagu, satu acara kolaborasi penstriman langsung yang mengujakan bakal menanti peminat DOLLA dan Free Fire pada 25 Jun. Nantikan hari yang penuh dengan perlawanan Free Fire, pelbagai permainan berteraskan tema budaya, serta peluang memenangi barangan eksklusif – termasuk barangan yang ditandatangani oleh keempat-empat ahli kumpulan DOLLA!

Kumpul barangan eksklusif dalam permainan serta barangan lain dengan Free Fire Kembara Untuk Semua

Dalam gelombang terbaharu aktiviti “Free Fire Untuk Semua”, sebuah segmen baharu bernama “Semua Budaya” akan dibuka secara eksklusif melalui acara web Free Fire Kembara Untuk Semua, yang telah berlangsung sejak April tahun ini. Segmen ini akan berjalan seiring kolaborasi bersama DOLLA dari 13 hingga 30 Jun.

Seperti acara-acara sebelumnya, acara segmen “Semua Budaya” memberi peluang pemain untuk menyaksikan Video Muzik FIGHT dan menjawab kuiz pendek demi token dalam permainan Untuk Semua, yang boleh digunakan untuk mendapat hadiah seperti Bronze Horse Lootbox, dan barangan fizikal lain.

Halaman pemain terkini kembali dengan Tower Stack, sebuah permainan mini baharu yang memberi peluang pemain memenangi lebih banyak hadiah eksklusif, termasuk payung terjun Glow Lotus! Acara ini juga menempatkan maklumat penting berkaitan kempen, seperti tarikh-tarikh penstriman langsung dan jadual pelancaran kandungan terkini.

Para pemain juga boleh menyertai cabaran media sosial yang menampilkan gerak tari ikonik DOLLA dalam video muzik FIGHT untuk memenangi barangan menarik, termasuk jaket Free Fire Untuk Semua yang menjadi kegemaran ramai selain set tampalan untuk melengkapi Jaket tersebut.