Streamer berlatih lebih 1,000 jam untuk tamatkan kesemua game Assassin’s Creed tanpa kecederaan

By Mike Hayate | June 15, 2022

Seorang streamer, Hayete Bahadori sudah menamatkan kesemua 12 permainan video Assassin’s Creed yang ada tanpa dikenakan sebarang damage pun.

Pemain ini bermula dari Assassin’s Creed pertama hinggalah Assassin’s Creed Valhalla.

Paling menakjubkan, Hayete berjaya menamatkan permainan ini di tahap kesusahan paling tinggi.

Dilaporkan oleh Kotaku, Bahadori juga memastikan dia mempunyai 100% synchronisation untuk setiap permainan tanpa reload, tanpa bermula semula dan tanpa glitch dengan tahap kesusahan paling tinggi.

Untuk beberapa tempat yang mustahil untuk mengelak dari dicederakan, Bahadori akan memberitahu bahagian mana yang mustahil.

Pencapaian ini bukan satu perkara yang mudah dan Bahadori berjaya menghabiskan kesemua 12 permainan dalam masa 9 jam 30 minit saja.

Kejayaan ini adalah dari hasil persiapan yang sangat rapi iaitu bersamaan dengan 100 jam lebih untuk setiap permainan.

Valhalla pula menaikkan masa itu kepada 800 jam latihan dan 250 jam untuk Black Flag.

Siapa sangka ada peminat yang sanggup menghabiskan lebih seribu jam untuk berlatih demi francais kegemaran mereka.