“Semua itu hanya “Hype” semata-mata, saya sayang semua peminat MLBB di Indonesia.” – Z4pnu

By Hazrul Md Nor | June 19, 2022

Z4pnu kerap mencetuskan provokasi apabila dia mengeluarkan kenyataan. Sebelum ini, dia dikecam akibat menyatakan Filipina lebih kuat dari Indonesia ketika ini.

Namun begitu, di dalam temubual ekslusif ONE Esports terhadap Z4pnu. Dia menyifatkan kenyataan itu hanyalah semata-mata untuk meningkatkan lagi hype di dalam arena kompetitif MLBB.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

“Saya mencintai Malaysia, Indonesia dan semua peminat MLBB di Asia. Saya hanya meningkatkan hype atau antusiasme pada perlawanan di antara Filipina dan Indonesia. Contohnya seperti RRQ Hoshi menentang Smart Omega.” ujarnya ekslusif kepada ONE Esports.

“Semua itu hanya hype semata, saya mencintai semua netizen. Apa yang saya katakan semua itu hanyalah tentang MLBB sahaja,” akhirinya.

Walau bagaimanapun, penejelas Z4pnu itu dikatakan masih tidak cukup oleh netizen Indonesia. 

Oleh kerana Z4pnu menggunakan nama negara di dalam kenyataannya sebelum ini, netizen Indonesia membuat serangan peribadi ke atas akaun Instagramnya.

Sumber: ONE Esports

Foto: Rappler