Kertas cadangan pengecualian cukai pendapatan wang kemenangan e-sukan hampir siap – KBS

By Mike Hayate | June 24, 2022

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) telah hampir menyiapkan kertas cadangan untuk pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan.

Pengecualian ini diperoleh oleh atlet e-sukan negara atas hasil kejayaan mereka mengharumkan nama negara.

Banyak atlet e-sukan yang membuktikan mereka juga adalah atlet terhebat dan boleh meletakkan Malaysia di mata dunia dalam e-sukan.

Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, cadangan pengecualian ini adalah sama seperti diumumkan menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Bajet 2020.

“Apa jua yang diumumkan oleh Tengku Zafrul pada tahun lepas masih kekal dan sedang dalam proses utnuk kita laksanakan,” tambah beliau ketika sidang media sebelum perlawanan akhir Piala Asia Tenggara Mobile Legends Bang Bang 2022 antara RRQ Hoshi dan RSG Philippines.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESI Ahmed Faris juga berkata  kertas cadangan pengecualian cukai wang hadiah kemenangan itu akan dibentangkan kepada KBS sebelum dibawa ke Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kelulusan.

Ahmad Faizal juga kagum dengan semangat dua pasukan negara iaitu Todak dan Orange Esports walaupun mereka pulang tanpa kemenangan.

Tambahan pula, Ahmad Faizal mengatakan enganjuran kojohanan ini adalah bukti sokongan kerajaan dalam industri e-sukan yang kini kian rancak meningkat dan boleh merapatkan hubungan sesama pemain dan pasukan yang bertanding.

Rujukan: Bernama