ION Esports membubarkan roster PUBG Mobile mereka

By Mike Hayate | June 27, 2022

Pasukan PUBG Mobile Indonesia, ION Esports kini membubarkan roster PUBG Mobile mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ION Esports (@ionesportsgg)

Di Liga Profesional PUBG Mobile peringkat Asia Tenggara (PMPL SEA 2022), mereka menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan di tempat ke-14. 

 

Malah, CEO Bigetron, Edwin “Starlest” Chia mengatakan prestasi pemain ION, Genta “Genfos” Effendi sangat berbeza berbanding di Sukan SEA 2021 kerana pada ketika itu, pemain muda itu bermain untuk pasukan lain.

“Sebelum dan selepas Sukan SEA 2021, cara bermain dan perspektifnya mesti berbeza,” katanya.

Malah, ada netizen mengatakan Genfos berkemungkinan akan masuk ke Bigetron kerana mereka sedang mencari pemain baharu.