Betul ke ini cara sebut bahagian komputer dalam Bahasa Melayu?

By Mike Hayate | June 29, 2022

Bahasa Melayu kini sedang berubah-ubah dan kini banyak terma Bahasa Inggeris digunakan untuk mengantikan perkataan.

Masalah terma barangan dan bahagian komputer ke Bahasa Melayu sudah lama menjadi kesukaran untuk ramai orang apabila mahu menukar bahasa.

Sebagai contoh hard disk menjadi cakera keras, mouse menjadi tetikus dan banyak lagi bahagian komputer yang kita sendiri tidak tahu versi Bahasa Melayu-nya.

Banyak juga media-media lain yang mahu memperkasakan bahasa melayu untuk barang teknologi tetapi sesetengah perkataan itu tidak wujud di dalam bahasa melayu dan menyukarkan ramai pihak.

Tetapi tidak untuk mobhouse_productions.

Terdapat tiga bahgian untuk siri PC Parts in Bahasa Melayu ini.

@mobhouse_productions PC Parts in Bahasa Melayu #pcgaming #pc #pcmalaysia #bahasamelayu #bangsawanpc #fyp #foryourpage ♬ Lucifer’s Waltz – Secession Studios

Dia menukarkan beberapa bahagian PC dalam bahasa inggeris menjadi bahasa melayu.

 

@mobhouse_productions PC Parts in Bahasa Melayu – Part 2 #pcgaming #pc #pcmalaysia #bahasamelayu #bangsawanpc #fyp #foryourpage ♬ Lucifer’s Waltz – Secession Studios

Walaupun tidak semuanya betul, tetapi amat lucu untuk ditonton. RAM menjadi ”memori suka-suka masuk keluar”. Monitor menjadi ”ketua kelas”.

USB menjadi “bas semua orang pun boleh naik tapi kena satu per satu”.

@mobhouse_productions PC Parts in Bahasa Melayu (Part 3) #pcgaming #pc #pcmalaysia #bahasamelayu #bangsawanpc #fyp #foryourpage ♬ Lucifer’s Waltz – Secession Studios

Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka juga sentiasa mengemaskini perkataan yang dahulunya dipinjam terus dari Bahasa Inggeris untuk menjadi terma di dalam bahasa melayu.

Moga untuk masa hadapan, terma-terma barangan komputer dan teknologi banyak lagi digunakan oleh orang ramai.