Esports Awards mengumumkan senarai finalis pertama termasuk Mobile Legends, Pokemon Unite

By Habil Izzat | July 4, 2022

Esports Awards mengumumkan senarai finalis pertama dalam kategori anugerah hiburan serta kembalinya The Truman Factory sebagai penaja. Pengeluar gula-gula itu kembali selepas menaja anugerah itu pada tahun lepas.

Pengumuman calon pusingan pertama ini adalah terdiri daripada organisasi gaya hidup e-sukan, 100 Thieves dicalonkan untuk kumpulan kandungan terbaik tahun ini, VALORANT pula tercalon untuk permainan e-sukan tahun ini dan Lee Sang-hyeok atau lebih dikenali sebagai Faker, tercalon untuk personaliti e-sukan tahun ini.

Undian kini dibuka untuk kategori hiburan dan bagi kategori lain ia masih dibuka untuk pencalonan.

Antara pencalonan dalam anugerah e-sukan adalah:

Permainan E-sukan tahunan:

  • League of Legends
  • VALORANT
  • CS:GO
  • Rocket League
  • Dota 2
  • Free Fire
  • Apex Legends
  • Rainbow Six Siege
  • Fortnite

Permainan mudah alih e-sukan tahunan:

  • PUBG MOBILE
  • League of Legends: Wild Rift
  • Free Fire
  • Pokémon Unite
  • Arena of Valor
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Call of Duty: Mobile
  • Brawl Stars

Sumber dan Foto: sportsbusinessjournal