OG N0tail mahu menjadikan rumah agamnya sebagai lokasi kejohanan TI12

By Habil Izzat | July 5, 2022

Baru-baru ini, Johan “N0tail” Sundstein menyatakan minatnya untuk mengacarakan TI12 di rumah agamnya yang bernilai RM8 juta di Lisbon, Portugal. Dia berkata demikian dalam sesi podcast bersama Ketua Pegawai Eksekutif OG, JMR Luna.

Ikon e-sukan kelahiran Denmark itu pernah memenangi dua kejuaraan Dota 2 TI berturut-turut pada 2018 dan 2019 serta menjana pendapatan lebih RM32 juta.

Sejak itu, N0tail berpindah ke Portugal, di mana dia membeli rumah agamnya yang mempunyai 17 bilik tidur yang luas dan masih lagi diubah suai sehingga hari ini.

Menjelang penghujung bulan Jun, rumah agam N0tail sudah menjadi pusat e-sukan di Lisbon. Rumahnya menjadi pusat latihan untuk pasukan CS:GO dan Dota 2 OG, di mana kedua-dua pasukan itu bersaing dalam kejohanan BLAST Premier: Spring Finals 2022 dan DPC WEC Tour 3 Division 1.

Selepas menerima begitu ramai tetamu melawat rumah agamnya, N0tail berharap dapat menganjurkan parti dan acara e-sukan pada masa hadapan.

“Saya menyedari bahawa kita boleh mengadakan acara yang cukup besar di sini.

“Kita boleh mengadakan majlis barbeku yang besar dan saya tidak sabar menunggu pengubahsuaian rumah ini selesai. Tempat ini akan menjadi menakjubkan untuk acara seperti ini,” katanya.

JRM Luna kemudian mencadangkan bahawa mereka juga boleh menjadi tuan rumah untuk kejohanan dunia Dota 2 seterusnya, TI12, di rumah agam N0tail selepas semua pengubahsuaian selesai.

“Kami boleh memuatkan semua penonton di sini, semuanya,” kata N0tail.

“Kami boleh memuatkan lebih ramai penonton daripada apa yang ada di Romania tahun lepas,” tambah JRM Luna dalam nada bergurau.

Sudah tentu, TI10 dihoskan oleh Valve di Bucharest, Romania tanpa penonton secara langsung kerana terdapat bilangan kes COVID-19 yang tinggi di negara itu semasa kejohanan berlangsung.

Sumber dan Foto: oneesports