Play In MDL ID S6 guna sistem baru, apa itu Global Ban?

By Hazril Md Nor | July 6, 2022

Nampaknya format baru yang lebih ketat dan mewujudkan daya persaingan tinggi bakal diperkenalkan dalam peringkat play in bagi liga MDL ID musim keenam di Indonesia.

Difahamkan, format dinamakan global ban ini adalah unik dalam permainan MOBA dan menggalakkan pemain untuk mempunyai hero pool yang besar.

Ini adalah kali pertama format ini diperkenalkan dalam arena kompetitif MLBB.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Apa itu global ban?

Sistem baru ini menetapkan setiap pemain tidak boleh menggunakan hero yang sama pada perlawanan seterusnya.

Sebagai contoh, pemain A menggunakan jungler Hayabusa di game pertama. Maka dalam game kedua, dia dilarang untuk menggunakan hero itu. Ini menunjukkan sistem global ban sangat mempengaruhi pemain yang mempunyai hero pool kecil.

Tapi di perlawanan kedua, pihak lawan boleh menggunakan hero yang pemain A pakai tadi (Hayabusa).

Dari sini kita boleh kenal pasti pemain mana yang paling versatil guna pelbagai hero. Malah, hero lama yang kurang ‘relevan’ juga mungkin akan digunakan dengan cara tersendiri.

Komposisi dan draft juga pastinya akan berlainan pada setiap game, menjadikan perlawanan MDL kali ini sangat menarik untuk ditonton.