Faker dan T1 saman ‘peminat’ League of Legends akibat komen ‘toksik’

By Mike Hayate | July 21, 2022

Bintang terbesar League of Legends Lee ‘Faker’ Sang-hyeok dan T1 kini akan membuat tuntutan mahkamah kepada seorang peminat toksik.

Saman ini dibuat untuk menjaga kesejahteraan budaya e-sukan yang lebih sihat.

T1 sentiasa diserang individu yang bencikan mereka sejak memberhentikan midlaner baru yang masih meningkat naik iaitu Clozer.

Pasukan peguam T1 dan Faker kini akan saman individu yang mengecam dan mengganggu mereka dibawah akta Jenayah Korea Selatan.

“T1 akan mengeluarkan saman kepada mana-mana individu yang sentiasa berterusan dan mengulang gangguan kepada Lee “Faker” Sang-hyeok di dalam talian,” kata pasukan peguam mereka.

“Kami di T1 sentiasa mahu menjaga kesejahteraan semua ahli kami dari serangan tidak berasas,”

T1 bukan organisasi pertama yang menerima perkara sebegini, malah KT Rolster juga pernah membuat perkara yang sama.

Pegangan ini akan mengubah kesejahteraan budaya e-sukan dalam industri di mana gangguan secara dalam talian diterima ramai selepas sekian lama.