Wild Rift: Ini cara paling cepat nak dapatkan Redeemed Star Guardian

By Hazril Md Nor | July 26, 2022

Star Guardian adalah satu konsep anime wira dan wirawati yang diperkenalkan dalam League of Legends: Wild Rift. Baru-baru ini, Riot Games memperkenalkan acara Star Guardian dan Redeemed yang mana anda boleh menebusnya. Ini kerana skin Redeemed Star Guardian Rakan dan Xayah tidak boleh dibeli menggunakan Blue Motes.

Di ruangan Starlight Task, anda boleh bermain PVP harian untuk mendapatkan tokens di mana setiap mod memberikan tokens berbeza. Jika anda membeli Redeemed Star Guardian Pledge, anda boleh mengakses Guardian’s Duty yang mana terdapat lima peringkat tugasan untuk diselesaikan yang akan memberikan lebih banyak tokens.

Cara pertama

  

Selepas mengakses Guardian’s Duty menerusi Pledge, mainkan ARAM sehingga anda menang sebanyak 30 kali. Cara paling cepat ialah hanya ‘spam’ mod ini sehingga anda unlock peringkat kedua yang lebih mudah.

Peringkat ketiga dan seterusnya juga memerlukan anda memainkan ARAM kembali. Tapi bagi penulis, lebih seronok main PVP dan cuba selesaikan tugas memusnahkan tower dan membunuh epic monsters.

Cara kedua

Untuk mempercepatkan lagi proses anda menebus, belilah Wild Cores dan dapatkan token ini dengan harga sehingga RM40. Cara ini mungkin berkesan bagi anda yang tidak mempunyai banyak masa terluang.

Pendek kata, mainkan game sebanyak mungkin dalam sehari. Lima perlawanan dalam sehari adalah sebaiknya dan ARAM juga mod sesuai untuk anda yang kesuntukan masa.