Gadis Sibu: anak Sarawak pertama wakil Dota 2 Wanita ke Sukan Komanwel 2022

By Mike Hayate | August 2, 2022

University of Technology Sarawak (UTS) kini akan membuka pusat e-sukan di kampus universiti mereka dan menjadi peneraju pembangunan e-sukan di antara universiti di Sarawak.

Menurut Dr Annuar Rapaee selaku Pengerusi UTS, pembangunan e-sukan ini akan menjadi tempat inovasi permainan video baharu dan memupuk lebih ramai pemain.

Dr Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat juga mengatakan UTS kini sudah mempunyai infrastruktur yang sesuai.

“Tambahan lagi, Nadrah Saufi juga kini akan menjadi wakil sukan Komanwel di Birmingham,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Info Sibu (@infosibu)

Nadrah, gadis 25 tahun kelahiran Sibu ini sedang menjalani pengajian Sarjana Muda Pengurusan Teknologi  dan menjadi anak Sarawak mewakili Malaysia bersaing dalam pertandingan e-sukan Dota 2 di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Pertandingan ini bermula pada 1 hingga 8 Ogos ini dalam kategori Wanita Dota 2.

“Semuanya adalah disiplin diri. Nadrah menjadi contoh terbaik yang berkecimpung dalam e-sukan dan masih cemerlang dalam pembelajarannya di UTS,” tambah Dr Annuar lagi.

Selamat maju jaya untuk Nadrah dan pasukan nanti di Sukan Komanwel!

Rujukan: The Borneo Post