Dota 2: Skuad Wanita negara raih pingat emas
Skuad wanita Dota 2 negara yang menentang England sebentar sahaja tadi meraih kemenangan bersih 2-0 di dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022.
Kemenangan itu berjaya didapatkan apabila Team Malaysia membawa masuk Alchemist di perlawanan terakhir.
Pasukan England sukar untuk menyekat farming Alchemist dari semasa ke semasa menyebabkan tower mereka hancur dimusnahkan.
Alacrity yang diberikan oleh Invoker kepada Alchemist memperkuatkan lagi kekuatan hero itu.
Selain itu, bantuan stun yang diberikan oleh Dragon Knight dan Nyx Assassin membuatkan mereka mudah untuk merusuh ke arah pasukan England.
Skuad wanita negara mengakhiri permainan dengan rampage yang berjaya didapatkan oleh iStarx.
Tahniah diucapkan kepada skuad wanita negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dan membawa pulang pingat emas.
Mereka membuktikan mereka adalah skuad wanita Dota 2 terbaik negara dengan rekod tanpa kalah sepanjang Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 ini berlangsung.