DOTA 2: Hero Baru Grimstroke Diumumkan, Sedia Dimainkan Sekarang

By Hazril Md Nor | August 27, 2018

Valve mengumumkan hero terbaru mereka, Grimstroke untuk permainan Dota 2 dan sedia dimainkan sekarang. Satu lagi hero, dinamakan Mars akan hadir pada Disember ini.

Grimstroke adalah hero support/disabler yang mempunyai beberapa serangan jarak jauh. Dia dikaitkan dengan demonic elements dengan kuasanya yang mempunyai motif dakwat/berus.

Kuasa 1: Stroke of Fate adalah barisan dakwat yang akan lebih kuat damage ditimpakan mengikut setiap hero yang kena di samping memberikan slow.

Kuasa 2: Phantom Embrace menghantar hantu dakwat ke sasaran, yang melekat dengan musuh, silences dan mengenakan damage. Jika hantu dakwat itu hidup ketika duration melekat itu, musuh akan menerima damage tinggi dan Phantom itu akan kembali ke Grimstroke lalu refresh kembali cooldown.

Kuasa 3: Ink Swell menyelubungi Grimstroke atau rakan dalam dakwat, silences mereka tapi memberikan lebih kelajuan dan kekebalan dari serangan (physical). Abiliti ini akan berakhir dengan dakwat itu meletup dan akan stun serta menimpakan damage sekitar kepada musuh sekeliling.

Ultimate: Soulbind pula seperti namanya, mengikat musuh dengan ally terdekat. Setiap kuasa magis ditampakan pada salah satunya akan berkesan kepada kedua-dua. Sebagai contoh Laguna Blade (ulti Lina) boleh kena pada dua-dua musuh yang terikat.

Dalam iklan acah terbaru, Mars ditunjukkan sedikit dengan abiliti untuk memanggil askar berlawan bagi pihaknya.

Pengumuman Grimstroke adalah ketika Grandfinal The International 2018 pada Sabtu lalu yang menyaksikan PSG.LGD melawan OG di Vancoucer, Kanada yang mengumpulkan prize pool lebih USD25 juta.

Baca Lanjut: OG Memenangi The International 2018

Sumber: Polygon