Crystal Dynamics kembali membangunkan game terbaru Tomb Raider

By Hazril Md Nor | April 6, 2022

Dalam satu laporan Aksiz hari ini, mereka menyatakan Epic Games kini mengesahkan permainan terbaru Tomb Raider akan dibangunkan kembali oleh Crystal Dynamics menggunakan Unreal Engine 5.

Terdahulu, syarikat pembangun ini dikatakan bertanggungjawab dalam pembangunan Marvel’s Avengers yang menurut Square Enix sebagai satu kesilapan.

Pembangunan entri seterusnya Tomb Raider ini boleh dikatakan sinonim dengan gaya dan identiti studio Crystal Dynamics.

Terdahulu, Crystal Dynamics pernah membangunkan Tomb Raider pada tahun 2011 dan Rise of Tomb Raider pada 2015. Dua permainan video ini diterima baik oleh peminat dan ia dianggap permainan yang baik oleh media-media gaming antarabangsa.

Entri terbaru ini akan mengutamakan pengalaman sinematik-pengembaraan aksi namun tiada iklan acah atau poster ditunjukkan ketika acara State of Unreal 2022 tempoh hari.

Sumber rujukan: Aksiz