Penat main tank? Hero ini mampu bawa anda ke Mythic

By Hazrul Md Nor | April 7, 2022

Grock adalah salah satu hero yang makin dilupakan sebelum ini. Walaupun seringkali muncul di liga profesional, hero ini tidak lagi menjadi pilihan oleh pasukan MPL.

Namun begitu, perubahan pada kemaskini 1.6.66 menjadikan Grock satu hero yang mampu diletakkan di apa jua lane sekalipun.

Boleh dikatakan Grock sekarang adalah hero overpowered seperti Masha sebelum ini. Ia menerima buff yang sangat besar seperti berikut:

Kekuatan pasifnya iaitu Earthen Force sudah diubahsuai:

  • Grock tidak lagi mendapat tambahan pertahanan magik ketika berada di tepi dinding
  • Grock kini mendapat 0.6 pertahanan fizikal untuk setiap mata tambahan serangan fizikal yang ia miliki. Penjanaan semula nyawa apabila berada di tepi dinding meningkat dari 16-39 menjadi 22-90.

Guardian’s Barrier juga menerima perubahan seperti berikut:

  • Shockwave tidak lagi dapat dihalang oleh perisai Lolita, flying speed juga turut ditingkatkan.

Wild Charge turut diberikan buff:

  • Grock tidak lagi mendapat refund 30% skill cooldown jika melanggar dinding
  • Grock akan stun musuh yang berdekatan selama 1.8 saat jika ia melanggar dinding
  • Cooldown akan dikurangkan dari 50-40 saat kepada 46-38 saat

Dengan perubahan ini, Grock kembali ke dalam meta dan menjadikan ia salah satu hero tank yang sangat kuat boleh menggunakan item attack damage.

Grock juga mampu untuk sustain di mana-mana lane oleh kerana pasifnya Earthen Force yang memberikan penjanaan semula nyawa apabila berada di tepi dinding.

Selain itu, Grock juga mampu mengenakan Crowd Control yang sangat menjengkelkan dengan penggunaan Guardian’s Barrier dan juga Wild Charge.

Adakah anda sudah menggunakan Grock di dalam kemaskini terbaru ini? Ramai di antara pengguna Grock menyatakan hero ini sangat seronok untuk dimainkan. Selamat mencuba!

Foto: Reddit