JDT bekerjasama dengan GBX Esports bertanding dalam eMFL 2022

By Habil Izzat | April 12, 2022

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bersetuju untuk bertanding di dalam unifi eMFL Liga Super 2022 yang dikendalikan oleh Liga Bola Sepak Malaysia pada 19 April hingga 29 Jun ini.

Mereka akan membentuk dua pasukan di bawah nama JDT dan JDT II dengan kerjasama GBX Esports. Difahamkan, pemain GBX adalah pemenang dan naib juara ePiala Malaysia 2021.

Ahmad Akmal Abdul Rafil dan Luqman Haziq Haziman akan mewakili JDT, manakala Imran Burhanudeen dan Muzaffar Zuhair Mustapa mewakili JDT II.

Kejohanan ini akan berlangsung dalam format pusingan liga dan kalah mati dari 19 April hingga 29 Jun.

Pemenang liga akan bertanding dalam pusingan kelayakan FIFA GLOBAL SERIES, yang seterusnya membawa kepada Piala Dunia FIFAe.