MLBB: Tips bagi mereka yang baru belajar bermain Jungler

By Hazrul Md Nor | May 15, 2022

Jungler adalah salah satu posisi yang sangat penting di dalam Land of Dawn. Setiap kemenangan akan bergantung oleh tahap kemahiran seseorang jungler itu di dalam pasukan.

Mereka menggalas tugas yang besar untuk mengambil buff dan turtle untuk menguatkan lagi kemahiran hero mereka. Selain itu, jungler yang hebat mampu untuk menumbangkan musuh ketika melakukan rotasi.

Antara hero-hero yang sering dimainkan sebagai jungler adalah hero jenis assassin seperti Lancelot, Hayabusa dan Ling. Ketiga-tiga hero ini mampu untuk memberikan burst damage di minit awal permainan oleh kerana mereka adalah hero assassin.

Untuk bermain posisi jungler dengan betul, anda harus memerhatikan peta apabila permainan dimulakan. Cuba cari di manakah kedudukan Lithowanderer.

Jika Lithowanderer berada di kedudukan atas, maka anda harus mengambil purple buff terlebih dahulu dan orange buff jika berada di bahagian bawah sungai. Pastikan anda simpan spell retribution untuk memastikan anda mendapat kill Lithowanderer dan tidak akan dicuri oleh musuh.

Foto: ONE Esports

Perkara ini sangat penting kerana ia memberikan anda penambahan kelajuan pergerakan ketika bergerak di sungai dan juga meningkatkan mana regeneration untuk memastikan anda tidak kehausan mana.

Selepas anda membunuh Lithowanderer, cuba untuk memberikan asakan kepada jungler pihak lawan sebelum mengambil orange buff. Selesai sahaja mengambil orange buff. Tibalah masanya untuk anda mengambil turtle dan melakukan rotasi untuk membantu pasukan anda menghancurkan turret.

Ulang proses ini sehingga 5 minit ke atas untuk memastikan anda mendapatkan farming yang cukup oleh kerana penalti jungler mendapatkan gold dan exp terhadap minion di lane.

Tiba di fasa late game, posisi anda di dalam peta sangat penting ketika ini untuk membantu pasukan anda mendapatkan Lord dan menumbangkan musuh. Jika anda bernasib baik, pada masa ini banyak barang core sudah disiapkan dan anda mampu memberikan burst damage yang sangat tinggi kepada mage dan marksman pihak musuh.

Adakah anda mempunyai pengalaman bermain sebagai jungler? Jika ya, sila nyatakan di ruang komen pengalaman anda bermain posisi ini.

Foto: makinig, Deviantart