“Saya lebih selesa bermain di gold lane, tapi dah ada Sasa,” – ZaimSempoi
Perlawanan kedua di hari terakhir minggu keempat MPL MY musim ke-10 menyaksikan pasukan Todak akan sekali lagi menentang Team SMG.
Kedua-dua pasukan ini dikatakan antara pasukan yang terkuat di MPL MY. Perlawanan pertama dimulakan dengan Todak mempunyai kelebihan pada minit awal permainan.
Namun begitu, aksi yang sangat cemerlang ditonjolkan oleh Sasa yang berjaya mendapatkan triple kill menggunakan Beatrix berjaya menukarkan keadaan dan mereka berjaya menggenggam perlawanan pertama.
Perlawanan kedua menjadi milik Team SMG apabila rotasi mereka yang sangat baik dan menyekat Rival dari mendapatkan farm.
Pasukan Todak yang mempunyai kekurangan dari sudut ekonomi menyebabkan mereka tidak dapat menahan asakan dari Team SMG.
Walaupun Hate tidak diturunkan, nampaknya kombo Xorn bersama ZaimSempoi membuahkan hasil untuk Team SMG.
Ketika temubual kemenangan kepada Team SMG sebentar tadi, Zaim menyatakan dia lebih selesa bermain di gold lane.
“Sebenarnya saya lebih selesa bermain di Gold Lane, akan tetapi sudah ada Sasa, jadi saya hanya mengisi kekosongan posisi yang ada.”
“Terima kasih kepada peminat pasukan SMG yang datang memberikan sokongan kepada kami. Kami akan buat lebih baik lagi di minggu hadapan.” kata Zaim.
Foto: MOONTON Games