DOTA 2: The Kuala Lumpur Major Diumumkan Pada 16 November Ini – Prize Pool 1 Juta USD

By Hazril Md Nor | September 5, 2018

Akhirnya, The Kuala Lumpur Major, satu kejohanan peringkat Major pertama bagi Dota Pro Circuit Musim 2018-2019 akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November ini. Ia dibawakan oleh eGG Network dan juga penganjur bersama PGL dan Imba TV.

Seperti biasa dalam kejohanan Major, ia akan mengumpulkan 16 pasukan Dota 2 antarabangsa yang bertarung merebut hadiah wang tunai terkumpul USD1 juta. 

Ketika acara pelancaran di Rouge Club petang tadi, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan Malaysia berpotensi untuk menjadi esports hub di rantau Asia Tenggara kerana anak muda kita sangat passionate apabila membabitkan e-sukan.

Pastinya penganjuran The Kuala Lumpur Major dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan ini akan memperhebatkan lagi industri e-sukan di negara kita dengan mengumpulkan pemain-pemain luar bertanding. 

Bagi Major ini, peminat boleh mendapatkan tiket-tiket dengan harga berikut:

Immortal (RM600)

  • Mendapat tempat duduk yang reserved berdekatan pentas dan boleh menyaksikan perlawanan dengan pemandangan terbaik. Juga menerima Lanyard dan tag.
  • Goodie bag yang berharga RM150 dengan hadiah istimewa.
  • Cabutan bertuah.
  • Mendapat keutamaan untuk sesi Meet & Greet bersama pasukan profesional
  • Mendapat keutamaan untuk membeli kerusi gaming Secret Lab dengan harga istimewa.

Divine (RM330)

  • Free seating di bahagian bawah (lower ring).
  • Cabutan bertuah.
  • Mendapat keutamaan untuk membeli kerusi gaming Secret Lab dengan harga istimewa.

Ancient (RM180)

  • Layak untuk menyaksikan 3 hari perlawanan Dota 2.
  • Free seating di bahagian atas (upper ring).

Bagi yang membeli tiket ini pada jangka masa bermula esok, 6 September hingga 16 September, korang akan menerima diskaun 20 peratus kalau korang adalah pelanggan U Mobile.

Bagi kategori Early Bird pula, korang boleh menerima diskaun 10% untuk pembelian pada 17 September hingga 30 September. Untuk tiket pada harga biasa, ia akan dijual lebih awal, sebelum 10 Oktober. Tarikhnya akan diumumkan kemudian. 

Untuk info lanjut, layari www.thekualalumpurmajor.com.