SUKMA 2018: Ini Adalah Senarai Atlit Esports Yang Akan Menghadiri Esports Experience

By Hazril Md Nor | September 19, 2018

Sebelum ini kami melaporkan yang SUKMA 2018 akan menonjolkan 6 permainan e-sukan. 

Ini adalah pendekatan dan inisatif daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak, Yang Berhormat Howard Lee Chuan How dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Sekretariat SUKMA, Majlis Sukan Negeri Perak dan beberapa pihak yang berkaitan.

Selain itu, atlit Esports yang pernah bertanding di peringkat antarabangsa juga akan hadir memeriahkan acara SUKMA 2018 ini. Ini adalah senarai penuh atlit Esports yang akan menyertai MVP Challenge bersama pengunjung yang hadir kelak:

FIFA 18

Gamesbond Amirul 'AmTuah' Afandi

FrostFire Lim Boon 'Shige' Shin

Nia 'MakThor' Adyana

Mobile Legends

AirAsia Saiyan

Honor MyA

Pro Evolution Soccer (PES)

Muhammad Khairul 'Keron' Abdul Aziz

Mohamad NorHaikal 'Haikal' Mohamad Noh

Jadi, korang apa tunggu lagi? Jom lah ramai-ramai pakat datang ke Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada 21 September ini! 

Kalau sebelum ini korang dah cuba untuk masuk tournament tapi tak berpeluang cabar pemain ini dalam bracket match, ini adalah masanya untuk test skill berdepan diorang!