Asia Pacific Predator League 2019 Kembali Dengan Pertandingan PUBG & Dota 2, RM1.6 Juta Menjadi Taruhan

By Intan Mawarni | September 21, 2018

Asia Pacific Predator League 2019 kembali lebih besar dari penyertaan lebih banyak negara, hadiah terkumpul wang tunai tertinggi dan juga dua game esports yang bakal dipertandingkan dalam liga yang diadakan buat kali kedua ini.

Edisi pertama Asia Pacific Predator League 2018 mendapat sambutan cukup mengalakkan di mana pasukan Geek Fam dinobatkan sebagai juara  kejohanan tersebut yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada awal tahun ini.

Untuk edisi kali ini, Acer mengumumkan kejohanan ini akan membuka lebih ramai penyertaan negara daripada 8 negara kepada 16 negara di rantau Asia Pasifik seperti Malaysia, Taiwan, Korea, Thailand, Philippines, Indonesia, Vietnam, Japan, Singapore, Australia, India, China, Macau, Hong Kong, Myanmar dan Sri Lanka.

Lebih menarik lagi, Asia Pacific Predator League 2019 akan hoskan dua liga esports iaitu Dota 2 dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Jumlah hadiah terkumpul wang tunai turut meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak RM1.6 juta (USD$400,00) berbanding tahun lepas dengan angka RM619,350 (USD$150,000).

Bagi mereka yang berminat untuk Dota 2, terdapat empat pusingan kelayakan online akan diadakan pada 20 sehingga 21 Oktober manakala pusingan kelayakan offline akan berlangsung di enam kafe siber berikut:

  • M&M Cybercafe di Ipoh (29-30 Sept)
  • Mineski Infinity di Setiawangsa, Kuala Lumpur (29-30 Sept)
  • Mineski Infinity di Teluk Cempedak, Kuantan(13-14 Oct)
  • Mineski Esport Arena di Kajang (13-14 Oct)
  • Mineski Infinity di Skudai, Johor Bahru (19 -20 Oct)
  • Eternity Esports di Ayer Itam, Penang (20-21 Oct)

Pusingan akhir Dota 2 akan berlangsung di One Utama Shopping Mall pada 2 hingga 4 November 2018.

Untuk pasukan PUBG pula, pusingan kelayakan akan diadakan secara online dan jatuh pada empat tarikh iaitu pada 29 September, 30 September, 13 Oktober dan 14 Oktober.

Lima pasukan yang berjaya melepasi empat peringkat kelayakan akan menuju ke pusingan akhir di Empire City Mall pada 27 sehingga 28 Oktober 2018.

Pemenang pusingan akhir untuk Dota 2 bakal memenangi hadiah terkumpul wang tunai sebanyak RM56,000 manakala pemenang PUBG akan membawa pulang RM10,000 bersama dengan hadiah-hadiah lain berjumlah RM34,000.

Jadi, apa tunggu lagi? Pakat-pakat dengan skuad Dota 2 dan PUBG korang dan ambil peluang ini untuk menjadi wakil Malaysia ke Asia Pacific Predator League 2019 bakal berlangsung di Bangkok, Thailand pada 15 sehingga 17 Februari 2019.

Korang boleh daftarkan diri sekarang melalui pautan ini dan klik di sini ke laman rasmi Asia Pacific Predator League untuk maklumat lanjut.