Pakar Kesihatan Kata Main Fortnite Sama Ketagihnya Seperti Menghisap Dadah

By Hazril Md Nor | October 1, 2018

Betul ke ketagih Fortnite serupa seperti mengambil dadah?

Itu yang dilaporkan ABC 8 News yang bertapak di Richmond, Virginia; dan mengikut kajian dijalankan pakar kesihatan yang ditemu ramah. 

Mengikut laporan itu, Fortnite BOLEH membuatkan pemain ketagih sangat teruk seperti heroin. Pakar menekankan bagaimana ‘ia mampu mengganggu pembelajaran kanak-kanak,” dan “bagaimana permainan ini melepaskan hormon ketagihan yang sama seperti ketagihan dadah,”

Pakar itu juga menambah, “ia menyebabkan satu ketagihan yang mereka tak boleh hidup tanpanya dan terus obses dengannya,”.

Kajian itu terus diperincikan dengan menyatakan mereka membuat eksperimen ke atas beberapa budak lelaki dan satu situasi menunjukkan seorang budak terus bermain Fortnite biarpun ribut taufan melanda dan hanya berhenti bermain apabila bekalan elektrik terputus lalu mencari ibu bapanya.

 

Walaupun laporan ini dianggap merisaukan, ada beberapa masalah dengannya:

  1. Pakar kesihatan ini tak pernah dinyatakan. Wartawan melaporkannya hanya memanggil mereka begitu dan tak memberitahu jika pakar ini tergolong dalam kumpulan tertentu jadi susah untuk kita menyelidik kajian itu.
  2. Kedua, kalau ia sangat ketagih, kenapa kita tak dengar lebih banyak kes mengenainya? 
  3. Fortnite juga berjaya menyatukan beberapa keluarga untuk sesi gaming. Kita tahu ada ibu bapa yang membayar pakar untuk membantu anak mereka bermain Fortnite.  Jadi kalau ia sangat merbahaya kenapa ibu bapa terus menggalakkan anak mereka untuk bermain?

Tanpa sumber yang dipercayai, laporan itu hanyalah khabar palsu. Ya, ia mungkin ketagih tapi juga untuk permainan lain. Kalau ia betul-betul merosakkan pertumbuhan minda, pastinya akan ada laporan mengenainya.

 

Sumber: Comicbook