Minecraft Adalah Game Popular Di Dunia, Mengalahkan Fortnite

By Intan Mawarni | October 4, 2018

Fortnite terbukti menjadi satu fenomena battle royale yang cukup popular tak kira sama ada dalam kalangan pemain dan masyarakat umum.

Epic Games, pembangun Fortnite pernah mengumumkan seramai 78.3 juta pemain aktif bermain Fortnite pada bulan Ogos yang mencatatkan rekod pemain paling ramai dalam Fortnite setakat ini.

Namun, jutaan nombor Fortnite tidak dapat mengalahkan rekod pemain Minecraft. Minecraft merupakan sebuah game ‘sandbox‘ dibangunkan oleh Mojang yang mana menguji kreativiti pemain untuk membina blok-blok 3D dalam persekitaran open-world.

Minecraft

Menurut Microsoft, Minecraft kini meraih 91 juta pemain aktif bulanan iaitu lebih 13 juta pemain berbanding Fortnite. Lebih-lebih lagi, Minecraft sudah mencapai sasaran 125 juta download dan juga sebanyak 150 juta salinan game terjual sepanjang pelancaran Minecraft sejak pada tahun 2009.

Dengan peningkatan pemain setia setiap bulan dan Minecraft masih lagi popular walaupun telah dilancarkan hampir sedekad lalu, tiada perancangan untuk menghasilkan Minecraft 2.

Menurut satu temuramah Business Insider Australia, ketua Minecraft bagi pihak Microsoft, Helen Chiang berkata sebuah sekuel mungkin memecahbelahkan komuniti dan pemain setia. Beliau juga merasakan ada lagi cara lain yang lebih baik dan bermakna berbanding melancarkan lagi satu sekuel dengan kandungan sama seperti banyak francais telah lakukan.

“Kami tidak mahu pemain berpindah dari Minecraft 1 ke Minecraft 2. Oleh sebab itulah kenapa kebanyakkan update kami adalah percuma. Kami mahu merapatkan hubungan antara komuniti kita. Kami mahu pemain rasa seronok bermain Minecraft,” kata Chiang.

Fortnite

Fortnite sering dipalit kontroversi sehingga ada laporan berita menyatakan main Fortnite boleh naik gian sama seperti menghisap dadah. Lagipun, Fortnite baru sahaja dilancarkan pada tahun 2017 dan baru-baru ini, Fortnite merupakan game pertama yang dapat membolehkan pemain merentasi pelbagai platform melalui kaedah cross-play.

Sumber: PCGamesN