Gameview Money Melabur RM10 Juta Untuk Industri Esports

By Hazril Md Nor | November 14, 2018

Gameview Money yang juga peneraju Blockchain Gaming Platform dalam industri game mengumumkan pelaburan sebanyak RM10 juta untuk esports sehingga 2019!

Nampaknya mereka juga ingin merancakkan industri esports selepas kerajaan mengumumkan dana RM10 juta selain Razer dan Kitamen menyatakan hasrat sama.

Melalui inisiatif GV Esports ini, mereka akan memasuki pasaran esports dengan menyokong penganjuran pertandingan dan liga tempatan mahupun antarabangsa. Ini juga termasuk menjadi team owner kepada skuad profesional dalam esports.

Mereka juga menyuarakan sokongan terhadap mobile esports dan mungkin akan meneroka pasaran permainan mudah alih pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Gameview Sdn. Bhd, Dr. Yang Mee Eng (dua dari kiri) bersama Head of Content and Business Development eGG Network, Edward NG dan Ketua Pegawai Operasi ESL, Frank Andreas Sliwka (paling kanan).

GVM turut melantik Frank Andreas Sliwka, Chief Operating Officer dan Board of Director ESL sebagai penasihat. Ini termasuklah membantu dari segi merangka business strategy, memberi maklumat mengenai pasaran esports dan melihat esports dari perspektif lebih meluas merangkumi ekosistem industri ini.

Akhir sekali mereka mengumumkan pelaburan bagi The Kuala Lumpur Major sebanyak USD100,000 (RM419,000) dengan kolaborasi bersama eGG Network dan akan melabur lebih banyak untuk menaja Dota 2 Majors pada masa akan datang. 

Kami rasakan mereka akan memberi sokongan padu terhadap penganjuran ESL One nanti dan mungkin Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim ketiga memandangkan mereka bekerjasama dengan eGG Network.

Pastinya inisiatif ini akan bantu merancakkan lagi industri esports tanah air dan semoga pembangunan esports akan lebih positif pada masa akan datang.