Tawaran Hebat Black Friday Sale 2018 Di Gamers Hideout: Fallout 76, Pokemon Let’s Go Dan Konsol PS4!

By Intan Mawarni | November 23, 2018

Gamers Hideout merupakan antara kedai menjual game dan barangan gaming terkenal di Malaysia yang juga mengadakan jualan Black Friday bermula pada 23 November sehingga 25 November 2018.

Black Friday Sale di Gamers Hideout menawarkan potongan harga sebanyak RM120 untuk game popular yang dilancarkan pada tahun ini seperti Assassin’s Creed Odyssey, Marvel’s Spider-Man, Fallout 76 dan banyak lagi. Terdapat juga tawaran game Nintendo Switch serendah RM100 sahaja dan korang boleh jimat duit sebanyak RM50 untuk pembelian Pokemon Let’s Go.

Bagi yang teringin untuk dapatkan PS4, masa inilah paling sesuai kerana korang boleh dapatkan konsol PS4 dengan pengjimatan sebanyak RM300. Jika korang suka mengumpul koleksi istimewa (Collector’s Edition) untuk Dynasty Warriors 9 (RM199) dan SoulCalibur VI (RM359), Gamers Hideout turut ada!

Jom kita lihat game dan barangan gaming menarik terlibat dalam Black Friday Sale di Gamers Hideout.

Konsol PS4 Bernilai RM1,149

PlayStation 4 Pro dan PlayStation 4 Slim

Untuk dua hari, konsol PS4 Slim 500GB dikurangkan harga menjadi RM1,149 manakala PS4 Pro 1TB juga mendapat tawaran sama iaitu dijual RM1,499. Kedua-dua konsol menyediakan fungsi sama tetapi terdapat sedikit perbezaan antara konsol dicipta oleh Sony ini terutamanya dari segi prestasi, storan game, sokongan visual 4K dan harga.

PS4 Slim adalah versi baru lebih tipis berbanding konsol asal PS4 dan ini sesuai bagi mereka mahu berjinak-jinak untuk main konsol PS4. PS4 Pro pula untuk mereka yang mahu menikmati pengalaman bermain game dalam visual berdefinisi tinggi 4k dan main lebih banyak game dengan ruang storan 1TB. Namun, jangan risau, korang boleh tambahkan lagi ruang storan untuk kedua-dua konsol secara manual dengan external hard disk drive (HDD).

Harga Murah Untuk Game PS4 Serendah RM50

Bukan itu sahaja, korang boleh dapatkan tawaran murah game PS4 untuk dimainkan di PS4 baru korang. Sayangnya, tiada tawaran untuk Red Dead Redemption 2 tetapi berikut adalah game PS4 dikeluarkan tahun ini yang korang harus main di PS4!

  • Marvel’s Spider-Man – RM169
  • God of War – RM139
  • FIFA 19 – RM119
  • PES 2019 – RM139
  • Hitman 2 – RM179
  • Call of Cthulu – RM99
  • SoulCalibur VI – RM189
  • Fallout 76 – RM119
  • Assassin’s Creed Odyssey – RM159

Korang juga boleh dapatkan game PS4 popular sepanjang zaman yang dikategorikan sebagai PlayStation Hits seperti Horizon Zero Dawn (RM99), Crash Bandicoot (RM99), The Last Guardian (RM39) dan banyak lagi.

Pokemon Let’s Go Eevee & Game Nintendo Switch Kurang Dari RM100

Gamers Hideout memberi tawaran berbaloi untuk pemilik konsol Nintendo Switch dalam penambahan koleksi game mereka. Game terbesar Nintendo Switch (tunggu Super Smash Bros. Ultimate pada bulan Disember nanti) untuk tahun ini semestinya Pokemon Let’s Go Eevee & Pikachu dilancarkan pada 15 November lepas.

Jualan Black Friday ini hanya menawarkan potongan harga untuk versi Eevee sahaja. Jadi, pastikan korang membuat kajian dulu versi Pokemon Let’s Go mana korang suka kerana ada sesetengah Pokemon eksklusif untuk versi tertentu. Sebagai contoh, Oddish, Sandshrew and Growlithe hanya muncul di Pokemon Let’s Go Pikachu manakala Bellsprout, Vulpix, and Meowth adalah untuk Pokemon Let’s Go Eevee.

Berikut adalah senarai game Nintendo Switch yang mendapat potongan harga:

  • Pokemon Let’s Go Eevee Standard Edition – RM169
  • Pokemon Let’s Go Eevee + Poke Ball Plus Bundle – RM429
  • Octopath Traveler – RM179
  • Splatoon 2 – RM199
  • Bayonetta 2 – RM159
  • Megaman 11 – RM89
  • Arms – RM169

Aksesori Gaming Dengan Potongan Harga RM200

Kalau korang tengah mencari headphone, speakers, keyboard atau mouse baru, Gamers Hideout mengadakan jualan besar-besaran untuk pelbagai jenama aksesori gaming seperti Razer, Sony dan HyperX seperti headphone D.Va Razer MEKA (RM279), beberapa jenis speaker Sony SRS bermula dari RM389 dan banyak lagi.

Pastikan korang membuat pembelian jimat dan cermat! Korang boleh kunjungi tiga cawangan Gamers Hideout di seluruh negara atau layari laman rasmi mereka dan laman Facebook untuk maklumat lanjut.

Untuk tawaran hebat untuk game digital bagi PC dan konsol sempena Black Friday ini, korang boleh usya koleksi jualan game PC dan jualan game di PlayStation Asia Store!