PUBG Mobile: Ini Caranya Nak Dapat Loot Terbaik Di Sanhok!

By Hazril Md Nor | November 29, 2018

Dah lama main PUBG Mobile tapi tak tahu macam mana nak dapat loot best-best di Sanhok?

Janganlah risau, ikuti tip di bawah ini!

Paradise Resort

Sesuai dengan namanya, peta ini penuh dengan loot best! Korang boleh cari kelengkapan level 3 dan beberapa senjata api dengan mudah untuk seluruh skuad. Hanya ada satu struktur besar di kawasan ini jadi mudah untuk korang cari loot itu juga.

Kawasan ini adalah di pertengahan peta jadi nak mendarat di Paradise Resort mungkin sedikit berisiko.

Docks

Satu loot spot yang sedikit underrated, Docks adalah kawasan yang berbaloi untuk mendarat. Ia sama dengan Georgopol dan Novorepnoye dari Erangel yang mana ia penuh dengan kontena besar untuk loot-loot ini. Ia mudah untuk dicari dan cukup untuk satu skuad.

Isunya hanyalah tempat ini yang berada di hujung sekali jadi sangat berisiko untuk ke sana.

The Cave

Ini adalah satu lagi kawasan loot yang jarang diterokai di mana ia cukup untuk satu skuad. Kawasan ini tersorok yang membuatkan proses looting lebih selamat. Ia disambungkan antara tanah air dan juga laut jadi korang sentiasa bersedia dengan laluan untuk larikan diri.

Masalah utamanya ialah korang mungkin tak dapat cari kelengkapan sampingan dan senjata api terbaik kerana kawasan ini agak kecil.

Bootcamp

Kawasan ini penuh dengan bangunan jadi ada banyak loot menarik boleh ditemui. Barang level 3 mudah dijumpai dan korang boleh jumpa Flare Gun juga. Disebabkan ia ditengah peta, ramai pemain melompat ke sini jadi perlu berhati-hati. Ramai juga pemain ‘berkampung’ dekat sini, korang perlu sentiasa berwaspada untuk cari loot.

Kalau korang berjaya untuk selamat di sini, percayalah, perjalanan korang lebih mudah untuk beberapa minit seterusnya.

Camp Alpha

Tempat ini sama dengan Bootcamp kerana banyak struktur. Proses looting lebih sukar tapi kalau korang search dengan lebih mendalam, korang akan dapat loot yang menarik untuk keseluruhan skuad.

Ia sedikit jauh dari safe zone kerana faktor geografi tapi kerana Sanhok adalah peta kecil, rasanya tak jadi isu kot untuk korang.

Artikel ini diterjemahkan dari FoxSportsAsia.