MBT Umum Pasukan Rainbow Six Siege – Impetus 6

By Hazril Md Nor | December 3, 2018

Sebelum ini, Malaysian Battlefield Team (MBT) mengumumkan NAGA kembali berentap dalam arena CS:GO tempatan, hari ini pasukan Rainbow Six Siege pula diumumkan!

Impetus akan sertai keluarga MBT untuk berentap dalam kejohanan tempatan dan luar negara.

Mengikut rekod, mereka sudah pun bertanding untuk liga-liga ESL G04 dan menjadi satu-satunya wakil Malaysia bermain di ESL R6 Pro League bagi rantau Asia Tenggara untuk tahun 2017/2019.

Pencapaian terbaru mereka ialah mendapat tempat kedua untuk Malaysia 6 Championship. MBT Impetus 6 terdiri daripada lima jejaka berbakat besar:

  •  Joey ‘ThyAsianFriend’ Lim Huck Kin – Kapten Pasukan
  •  Elvis ‘Sivle’ Chew Che Kit
  • Harmanu ‘Moose’ Triatmojo
  • Justin ‘Smz’ Lee
  • Jack ‘poGGer’ Lee

Harapan mereka kali ini ialah menjadi pasukan teratas dalam Pro League dan akan terus bermain secara kompetitif dalam arena Rainbow Six Siege.

Kalau nak tahu info lanjut tentang pasukan ini, korang boleh ke LINK ini.

Baca lanjut: