FIFA 19: Asyik Terlepas Penalti? Jom Belajar Cara Halang Bola Masuk Gol!

By Hazril Md Nor | December 5, 2018

Tipulah kalau semua orang tahu macam mana nak selamatkan penalti dalam FIFA 19.

Sebenarnya, korang tak perlu teka dekat mana bola tu akan melayang, tapi boleh calculate di mana sasaran penalti akan dibuat. Jom ikuti tutorial ini, mana tahu lepas ni korang lagi pandai save penalti!

Sekurang-kurangnya lepasni korang boleh gunakan teknik ini dalam mod seperti FUT Champions yang banyak berakhir dengan sepakan penalti. Tambah keyakinan la kiranya untuk menghalang gol dari terjadi.

Penjaga gol sebenarnya boleh taunt pemain yang mengambil penaliti dengan bergerak di antara palang gol menggunakan analog kiri. Korang juga boleh buatkan penjaga gol menggerakkan tangan dan beberapa aksi lain. Kalau kena pada timing, ini boleh jadi satu kelebihan psikologi ke atas pihak lawan.

Sebenarnya setiap gol dilakukan bukanlah bergantung kepada luck. Perhatikan info di bawah ni. Praktis betul-betul sampai korang pandai untuk selamatkan penalti!

PERHATIKAN GERAKAN KEPALA 

Untuk selamatkan penalti dalam FIFA 19, korang boleh cuba perhatikan pergerakan kepala pengambil sepakan penalti. Ke mana-mana saja dia sasar, korang akan perasan kepalanya akan bergerak sedikit ke arah itu. Contohnya, kalau dia nak sepak ke kanan, kepalanya akan terarah sikit ke kanan, jadi korang boleh perhatikan secepat mungkin sebelum sepakan penalti dilakukan.

Tapi.. bukan semua orang akan ‘termakan’ dengan taktik ini. Ada pengambil sepakan penalti yang bijak dan akan ubah arah sepakan pada saat terakhir. Tapi ia sedikit berisiko kerana mengurangkan ketepatan penalti. Korang kena perhati betul-betul dan react dengan cepat apabila ia berlaku.

PERHATIKAN POWER BAR

 

Apabila korang nak selamatkan penalti, bukan je korang kena tahu arah mana nak dive tapi sebenarnya kalau ikutkan dunia nyata, ada tiga tahap ketinggian yang perlu diambil kira. Senang cerita, ia terbahagi kepada bawah, tengah dan paling atas. Power bar yang digunakan musuh akan menentukan ketinggian ni jadi korang boleh agak di mana bola akan melayang. Ia boleh dilihat di bahagian bawah skrin korang.

Contohnya, kalau power bar di bawah satu bar, bermakna korang perlu dive pada tahap ketinggian paling rendah. Kalau lebih satu bar tapi di bawah dua bar, korang boleh menangkap bola pada ketinggian sederhana. Kalau di atas dua bar, korang boleh tangkap pada ketinggian teratas.

Ia boleh dipraktiskan banyak kali jadi korang tak perlu risau! Kalau korang dah master kedua-dua trick ni, percayalah ia akan berikan kelebihan pada pusingan penaliti untuk korang berlagak dengan member-member ataupun dalam perlawanan kompetitif.