FIFA 19: Baru Nak Belajar Main FIFA? Gunakan Tips Ini

By Hazril Md Nor | December 6, 2018

Kenapa suka semua orang main FIFA 19?

Permainan bola sepak digital ini mempunyai sedikit pembaharuan positif. Pemain lebih responsif, AI pula lebih bijak menggunakan ruang. FIFA 19 juga menawarkan pelbagai kawalan dan taktik untuk menyesuaikan dengan play style korang. Untuk korang yang masih baru ataupun tak berapa mahir lagi bermain permainan ini, percayalah korang akan dapat skor lebih banyak gol dengan tip di bawah.

Elak dari dive in

Apabila musuh mendapat bola, mulalah korang rasa nak rampas cepat-cepat dan terus gunakan defender mara ke depan merampas bola. Walaupun ia nampak efektif untuk menang balik kawalan bola, usaha ini selalu gagal dan berisiko. Dengan menerjah ke depan, defender akan mengorbankan posisi mereka, membenarkan penyerang melakukan serangan melepasi mereka.

Jadi, jika pemain sayap cuba mengumpan korang, jangan ‘termakan’ umpan tu. Sebaliknya sabar, biarkan musuh sentiasa berada di depan. Kalau nak perlukan lebih pertolongan, panggil defender kedua.

Kawal penjaga gol

Untuk mengawal penjaga gol, bukan senang jadi lebih baik kalau berikan tugas itu pada AI. Tapi dalam situasi tertentu, korang kena juga kawal goalie dari gol. Dengan menekan R + direction (hold), korang boleh panggil penjaga gol untuk berlari ke arah penyerang.

Ia sangat berisiko dan patut digunakan apabila korang betul-betul mahir. Kalau digunakan dengan timing betul, penjaga gol akan merampas bola dari kaki penyerang sebelum mereka boleh sepak. Kalau terlalu awal, pemain yang hebat akan lift bola melepasi kepala keeper. Taktik ini boleh digunakan kalau tiada defender yang cuba membantu.

Belajar macam mana nak passing

Semua orang akan persoalkan taktik passing yang paling efektif, ada yang sukan through ball dan ada yang suka crosses atau ground pass. Sebenarnya kalau korang mahir kesemua taktik ini, sangat mudah untuk gunakannya dalam pelbagai situasi selain membuatkan FIFA 19 lagi seronok dimainkan.

Dengan penambahbaikan AI, korang boleh cuba gunakan taktik berbeza. Kalau winger berlari di open space, cuba gunakan through ball. Kalau korang nak striker selalu mengawal bola, pass saja macam biasa,

Kenali pemain korang

Lebih banyak yang korang belajar tentang pemain, lebih pandai korang buat keputusan. Contohnya, kalau ada pemain kekurangan stamina, bersedia untuk sub mereka keluar pada minit ke-75.

Juga penting untuk korang tau stat seperti attribute pemain, work rate dan ketinggian mereka. Ia menentukan macam mana mereka akan perform di padang. Kalau korang tukar kepada Christiano Ronaldo, lari menembusi pertahanan lawan dan cuba menyepak bola dengan tepat di kotak penalti.

Kawal medan perlawanan

Dengan perubahan sekarang, counterattacking lebih susah dari dulu. Kali ini gameplay lebih fokuskan pada kawalan bola dan pergerakan yang lebih aktif dalam FIFA 19. Kawalan bola bukan saja membolehkan korang lagi mudah nak skor tapi juga memenangi cabaran midfield. Perkara terakhir yang korang perlu risau ialah pihak musuh bagi pressure pada pertahanan. Untuk itu, cuba cara berlainan.

Kalau korang dapat bola, gunakan beberapa teknik passes dan jangan takut untuk pass bola ke belakang kerana kadang-kadang bermain lebih selamat lagi rewarding.

Cari kelemahan lawan bila main online

Setiap pemain mempunyai kelebihan dan kelemahan, ada yang tak boleh sepak, ada yang memilih wrong passes dan kebanyakan pemain tak tahu bagaimana untuk defend. Kalau korang nak jadi pemain terhebat (contohnya Division 1), korang kena exploit kelemahan lawan. Beri perhatian kepada apa salah dan betul yang mereka buat dan gunakan taktik sebaik mungkin.

Kalau korang terjumpa pemain yang selalu ke depankan penjaga gol, guna kelemahan ini untuk memancing dan seterusnya memintas penjaga gol. Kalau mereka gunakan formasi yang suka dive in dengan defenders, gunakan pemain sayap untuk elakkan hal ini dan berikan ruang kepada striker mendapat peluang.

Gambar diambil dari beberapa sumber dari Google dan merupakan hak milik EA Sports.