Infinity Blade Hidup Kembali Dalam Fortnite

By Hazril Md Nor | December 12, 2018

Infinity Blade Trilogy keluaran Epic Games baru saja dihentikan pembangunannya kerana tidak menepati standards yang ditetapkan.

Tapi hari ini, Fortnite menghidupkan kembali ‘identiti’ Infinity Blade sebagai senjata dalam permainan Battle Royale itu.

Ketika diacah untuk musim tujuh minggu lepas, boleh dilihat Ice King memegang sebilah pedang yang hebat. Jadi tak hairanlah kalau pedang itu adalah Infinity Blade yang hanya akan spawn di Polar Peak — yang mempunyai istana diselaputi ais. 

Kalau korang memegang pedang ini buat pertama kali, korang akan dapat nyawa penuh dan shields. Ia juga akan menambahkan dua vital kepada 200 mata (meningkat dari 100). Korang juga akan regen selepas terkana damage dan bergerak 30% lebih laju dari pemain lain. Kalau pemegang membunuh musuh, akan dapat 50 nyawa.

Walaupun nampak power, Infinity Blade akan membuatkan pemain kehilangan semua senjata dan item dalam inventori. Tapi untuk membina materials, masih lagi boleh. 

Selain kandungan menarik ini, ada kandungan lain korang boleh nikmati seperti Stormwing planes, winter biome, ziplines dan lain-lain sempena Hari Natal.