WESG 2017: Rebut Peluang Wakili Negara Dalam Kejohanan E-sukan!

By Hazril Md Nor | November 14, 2017

Peminat eSports sekalian! Ini lah peluang korang untuk wakili negara!

Peringkat kelayakan kejohanan World Electronic Sports Games (WESG) bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 18 November hingga 23 November ini.  Game yang dipertandingkan ialah Dota 2, CS:GO, Starcraft 2 dan Hearthstone.

Yang bestnya, korang juga berpeluang mewakili negara apabila bergelar juara nanti. Juara bagi kategori permainan masing-masing akan bertanding dalam kejohanan WESG rantau Asia Pasific (APAC) pada Mac tahun depan. 

Berikut adalah prize breakdown bagi setiap kategori game dipertandingkan.

Hadiah DOTA 2

Juara : RM8,000 + 5 Tiket Penerbangan ke Final WESG APAC + Penginapan

Naib Juara: RM3,500 + 5 Tiket Penerbangan ke Final WESG APAC + Penginapan

Tempat ketiga: RM2,000

Tempat keempat: RM1,000

Tempat kelima/keenam: RM750

Tempat ketujuh/kelapan: RM500

Hadiah CS:GO

Juara : RM8,000 + 5 Tiket Penerbangan ke Final WESG APAC + Penginapan

Naib Juara: RM3,500 

Tempat ketiga: RM2,000

Tempat keempat: RM1,000

Tempat kelima/keenam: RM750

Tempat ketujuh/kelapan: RM500

Hadiah Starcraft 2

Juara : RM2,000 + Tiket Penerbangan ke Final WESG APAC + Penginapan

Naib Juara: RM1,000

Tempat ketiga/keempat: RM500

Hadiah Hearthstone

Juara : RM2,000 + Tiket Penerbangan ke Final WESG APAC + Penginapan

Naib Juara: RM1,000

Tempat ketiga/keempat: RM500

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Orange dan WESG.