‘Naik Kereta Sama-Sama, Bila Cedera Bagi First Aid’ – Wanita Ini Cuba Tarik Perhatian Suaminya Kaki PUBG

By Hazril Md Nor | December 19, 2018

Pada sesetengah pasangan, main game kadang-kadang boleh rosakkan rumahtangga. Macam-macam lah kita dengar.

Tak pandai layan bini lah, tak romantik lah tapi kali ini lain pula kesnya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook dan laporan dari Oh Bulan, Sueyha Roesun menulis satu posting yang sangat menarik. Katanya, permainan PUBG Mobile dapat eratkan hubungan rumahtangga.

MULA-MULA BENCI

Dari mula asyik call suami akan kata main game. Tapi sejak install PUBG Mobile, suaminya mula luangkan masa untuk main game bersama.

NAIK KERETA DAN MOTOR SAMA-SAMA

Disebabkan suaminya yang duduk berjauhan, ini aje lah cara untuk berkomunikasi. Hmm sweet lah pulak bila baca. Ada tak antara korang yang couple tu buat macamni juga?

Sumber: Sueyha Roesun