Main Game Baru Secara Percuma Setiap Hari Di Meditation Games

By Intan Mawarni | January 3, 2019

Adakah korang antara orang yang suka melegakan stres dengan bermain game pendek dan kasual? 

Meditation Games adalah sebuah platform yang membariskan game baru yang akan disediakan pada setiap hari bermula pada tahun ini.

Projek ini adalah hasil daripada pencipta bersama studio indie Vlambeer, Rami Ismail dengan kolaborasi lebih daripada 350 game developer

Koleksi game online yang disediakan dalam Meditation Games adalah berbentuk indie dan eksperimental berdasarkan pengalaman atau kisah hidup seseorang game developer itu. Oleh sebab itu, semua game pendek ini diiringi oleh mesej daripada mereka dan tiada judul yang diberikan.

Setiap game juga boleh habis dimainkan dalam jangka masa pendek iaitu kira-kira dalam 10 minit sahaja. Yang paling menarik, game pendek berkenaan hanya boleh dimainkan dalam tempoh 24 jam. Jadi, kalau korang terlepas satu hari untuk main game itu maka korang kena tunggu untuk main game itu pada tahun hadapan yang jatuh pada tarikh yang sama.

 

Untuk bermain game pada hari ini iaitu bertemakan depresi dibangunkan oleh Lisa Brown, korang boleh download launcher Meditation Games di sini.