Bekas Developer Hearthstone Sedang Mencipta Permainan Marvel Di Mobile

By Hazril Md Nor | January 8, 2019

Marvel memang terkenal dengan permainan yang hanya berasaskan IP mereka sendiri jadi agak pelik kalau syarikat peranti pintar lain diberi akses ke atas superhero dan penjahat dalam universe besar ini lagi-lagi kalau ia diketuai oleh bekas unit pasukan Hearthstone.

Bekas Pengarah Permainan Hearthstone, Ben Brode dan Produser Eksekutif, Hamilton Chu baru saja mendaftarkan syarikat mereka sendiri, Second Dinner yang sedang mengusahakan projek Marvel baru!

Mereka menerima dana sebanyak $30 juta dari Netease, salah satu penerbit terbesar dunia untuk permainan di China. Jadi mungkin ia akan hadir ke China dan pasaran Asia dulu.

Selain maklumat mengenai karakter Marvel di dalamnya, setakat ini tak ada lagi info lanjut tentang game ini. Mungkin ia akan mempunyai sedikit rujukan pada Hearthstone. Siapa tahu kan?

Permainan ini akan berdiri setanding dengan Marvel Strike Force, Contest of Champions dan lain-lain yang diminati dalam pasaran peranti pintar tapi memandangkan ia masih dibangunkan, tak pasti jika ia sempat dikeluarkan pada tahun ini.

 

Sumber: Pocketgamer