League Of Legends: Sylas Adalah Hero Yang Boleh Meniru Ultimate Pihak Lawan

By Hazril Md Nor | January 10, 2019

Hero terbaru League of Legends, Sylas the Unshackled memang sesuai dengan namanya – gempak, fierce dan sangat misteri.

Riot Games umum Sylas pada Selasa, hero yang pernah digari dalam satu tempat dan kini menggunakan chains itu untuk memusnahkan musuhnya dari Demacia. Paling menarik, ultimatenya adalah satu gerakan yang boleh meniru gaya ultimate hero lain untuk kegunaan sendiri.

Ini bermakna, Sylas ibarat Rubick dalam Dota 2 tapi akan mempunyai set kuasa tersendiri contohnya kalau dia mencuri ulti Sylvana, kesemua set kuasanya bertukar kepada Dragon Form.

Tapi kita mesti tertanya-tanya, bagaimana hero ini dimainkan?

“Mid dan jungle adalah peranan utama yang berkesan untuk Sylas. Dia boleh roam dan mencuri kuasa lebih mudah dari bermain sebagai peranan lain – contohnya support,”

Dengan peranan diberikan ini, Sylas akan dapat ultimate lebih awal dari mereka di lanes jadi macam mana dia nak mencuri ulti? Di sinilah kelebihannya. Sylas boleh meniru ulti tak kira kalau musuh meletakkan point atau tak. Jadi membiarkan ultimate korang tak ditambah bukanlah counter untuk Sylas pun. Ia mengikut level dan stats Sylas sendiri.

Video di atas ini menunjukkan bagaimana Sylas dimainkan dan ulti yang berfungsi mengikut beberapa keadaan.

Sumber: Comicbook