DOTA 2: Hos Bagi Chongqing Major Ini Menerima Kritikan Positif Di Reddit

By Hazril Md Nor | January 22, 2019

Paul Chaloner, legendary host untuk acara Dota 2 yang besar nampaknya tak bersama kita untuk Chongqing Major. Paul pernah menyatakan hasratnya untuk boikot pertandingan itu kerana isu yang sangat hangat ini.

Oleh itu, kita digantikan dengan hos yang tak pernah dilihat sebelum ini iaitu Richard Campbell! Pertama kali penulis nampak pun, siapa dia ni? Tak pernah tengok pun dalam mana-mana Dota 2 minor atau major! Sama kes macam Day9 yang menjadi desk host untuk The International 7!

Kerana pengetahuannya yang sangat cetek dalam Dota 2, ramai yang tak boleh terima! Tapi sebelum kes Day9 tular, Alex ‘Machine’ Richardson pernah menjadi panel hos untuk Epicenter. Beliau bukanlah begitu berpengalaman dalam Dota 2 dan ramai mengenalinya hanya dari CS:GO tapi Machine mempamerkan persembahan menarik sebagai hos malah beliau turut menerima komen positif dari komuniti!

Baca lanjut: Machine menjadi hos untuk Epicenter 2017, Russia

Sama seperti Machine, Richard adalah hos yang boleh diterima komuniti walaupun sebahagian dari chat Twitch sangatlah toksik, seolah tak memberi peluang kepadanya. Tapi itu adalah situasi sangat biasa terjadi kepada sesiapa pun dalam komuniti yang baru. Di Reddit, pelbagai post dibuat untuk Richard, tak kurang juga yang memuji beliau.

Ada yang mengatakan Richard lebih banyak mendengar dan membuat note taking sambil memberi laluan kepada panelis lain untuk berkongsi pendapat mereka mengenai meta, strategi dan sebagainya kepada pemain baru.

Komen di atas pula mengatakan beliau memberikan impression lebih baik daripada Machine untuk kemunculan pertama dan mengharapkan Richard akan menjayakan lebih banyak acara Dota 2 sebagai alternatif kepada Redeye.

Komen di atas ini pula mengatakan beliau boleh adapt dan memberi peluang kepada panelis lain bercakap. Mungkin beliau lebih suka mendengar dan memahami bagaimana Dota 2 dimainkan sebenarnya. Lebih banyak kita akan saksikan bagaimana Richard menerajui barisan panelis ini di acara utama bermula 25 Januari nanti.

The Chongqing Major berlangsung dari 19 Januari hingga 27 Januari mengumpulkan 16 pasukan Dota 2 bertarung hadiah wang tunai terkumpul USD1 juta dan 15,000 mata DPC di Chonqing, China.

EKSTRA: Beliau kalah betting dengan Black dan terpaksa cukur jambang.