Exvra Adalah Esports Hub Pertama Di Selangor, Akan Dibina Di Sunsuria City, Sepang

By Hazril Md Nor | January 24, 2019

Satu lagi Esports Hub akan dibina di dalam negara! Kali ini di Sunsuria City, Sepang.

Sunsuria Berhad menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk membina EXVRA, sebuah Esports Hub dalam Sunsuria City dan pertama di Selangor. Pagi tadi, Timbalan Menteri Belia & Sukan, YB Steven Sim merasmikan acara itu. 

Dari kiri: Fahmi Fairuz, Hazman Hassan, Tan Sri Datuk Ter Leong Yap – Executive Chairman of Sunsuria Berhad, YB Steven Sim, Koong Wai Seng, Teh Mun Beng – CEO Exvra, dan Chang Wing Tat

Syarikat ini akan bekerjasama dengan empat individu dalam esports iaitu Teh Mun Ben, Justin Chang, Fahmi Fairuz dan Hazman Hassan untuk projek ini yang juga akan merancakkan lagi ekosistem esports di Malaysia. 

“Gabungan antara esports dan hartanah adalah unik dan inovatif jadi saya percaya gabungan ini adalah penting untuk membina industri esports dalam negara pada masa depan.

“Sebagai wakil dari Kementerian Belia dan Sukan, saya galakkan kesemua pihak dari agensi kerajaan hinggalah sektor korporat untuk bersatu dan bekerjasama bukan saja untuk kelestarian esports tapi juga memperkasakan minat anak muda untuk menjadikan Malaysia bertambah maju,” kata Steven Sim.

Projek ini adalah untuk memupuk ekosistem esports tempatan untuk menjadi lebih mampan dengan membina pusat esports sebagai hab pendidikan. Kata Fahmi Fairuz, orang awam perlu diberi pendedahan bahawa industri esports secara keseluruhannya adalah lebih dari sekadar bermain game. Mereka yang bekerja di belakang tabir adalah sama penting dengan pemain lain.

Ini antara intipati dan pelan akan dilaksanakan dalam projek ini:

  • Membina hab pendidikan yang boleh menyediakan latihan kepada yang berminat dalam karier berkaitan esports. Dalam usaha untuk meningkatkan esports dari peringkat akar umbi, kedua syarikat ini ingin menambah talent pool dan juga mempromosikan kemahiran-kemahiran lain dalam esports.
  • Menambah ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran baru untuk berjaya dalam landasan esports.
  • Akan ada workshops, kelas dan latihan untuk anak muda.
  • Pemain boleh membentuk pasukan esports sendiri ataupun bagi mereka yang berminat bekerja di belakang tabir boleh belajar untuk mengendalikan pertandingan, set up events dan lain-lain.
  • Peserta program akan dilatih mengikut minat sendiri dan berdasarkan tuntutan kerjaya yang memerlukan kemahiran dalam bidang tertentu.

Buat masa ini belum ada maklumat penuh lagi tentang program yang akan ditawarkan. Kami pastinya akan melaporkan kepada korang jika ada perkembangan terbaru.