Acara Name That Champion Wild Rift kini berlangsung, tekaan kami disertakan

By syazwanbahri | September 29, 2021

Sementara menunggu kemaskini yang bakal diimplementasikan ke permainan MOBA mudah alih, League of Legends Wild Rift, Riot Games melancarkan acara mini untuk permainan itu yang dikenali sebagai ‘Name That Champion.’ Acara ini akan berlangsung selama 5 hari dari 28 September hingga 3 Oktober ini.

Dalam acara ini, pemain hanya perlu menamakan seorang Champion berdasarkan bayang-bayang di dalam imej di atas. Meneka Champion ini dengan betul sebelum tarikh pendedahan akan memberi ganjaran kepada pemain. Namun, pemain yang tidak meneka dengan betul masih akan menerima hadiah saguhati.

Pemain boleh mempunyai sehingga empat tekaan dalam acara Name That Champion dengan menyelesaikan misi acara iaitu dengan memainkan 3 perlawanan. Setiap kali anda memainkan 3 perlawanan, ganjarannya akan berubah seperti berikut:

  • Kali pertama: 100 Blue Motes & 1 Tekaan 
  • Kali kedua: 115 Blue Motes & 1 Tekaan
  • Kali ketiga: 130 Blue Motes & 1 Tekaan
  • Kali keempat: 20 Poro Coin & 1 Tekaan

Ganjaran ini mesti ditebus secara berurutan, ini bermaksud anda menebus ganjaran pertama sebelum anda boleh menebus ganjaran kedua dan seterusnya.

Pemain yang salah meneka akan tetap mendapat hadiah saguhati 1 Blue Mote Boost.

Pada pendapat kami, tekaan kami kepada Champion di imej tersebut adalah Garen, Master Yi, Corki, Fizz, dan Darius. Namun, tekaan kami ini hanyalah tekaan, dan Riot mungkin akan mengeluarkan plot twist terbesar dekad ini.